Menteri Agama tawan Gunung Kinabalu, penanda arah kiblat ditempatkan di hentian pendakian

LocalHealth & Fitness
17 Nov 2026 • 11:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Menteri Agama tawan Gunung Kinabalu, penanda arah kiblat ditempatkan di hentian pendakian
Zulkifli memasang penanda kiblat di sepanjang laluan pendakian menuju puncak Gunung Kinabalu. Foto kredit Jakim
Image from: Menteri Agama tawan Gunung Kinabalu, penanda arah kiblat ditempatkan di hentian pendakian
Zulkifli bersama warga kerja Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu. Foto Facebook Zulkifli Hasan

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu, Sabah.

Zulkifli berkata, kejayaan menawan puncak tertinggi di Malaysia bersama warga jabatan merupakan pengalaman bermakna.

Menurut beliau, perjalanan pendakian yang merentasi kedinginan malam dan laluan berbatu serta curam menjadi ujian tersendiri sebelum tiba di puncak.

“Ia menjadi saksi bahawa tiada kejayaan yang hadir tanpa kesabaran, doa serta kebergantungan mutlak kepada Yang Maha Kuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Beliau turut menyifatkan pengalaman berdiri di puncak tertinggi itu sambil menyaksikan keindahan alam sebagai peringatan terhadap kekerdilan manusia berbanding kebesaran Sang Pencipta.

**media[3712903]**

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi kenyataan berasingan memaklumkan, misi pendakian menempuh cabaran dengan semangat kebersamaan, keazaman dan ketabahan.

Menurut Jakim, beberapa penanda arah kiblat yang telah disemak dan disahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sabah turut ditempatkan di beberapa hentian rehat sepanjang laluan pendakian.

Jelasnya, ia bagi memudahkan pendaki melaksanakan ibadah solat.

Selain misi pendakian, kata Jakim, program turut diisi dengan sesi ramah mesra serta penyampaian sumbangan kepada malim gunung di Kinabalu Park sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan komitmen dalam membantu serta memastikan keselamatan pendaki.

"Misi ini menyaksikan pelaksanaan program bersama komuniti di Kampung Mesilou, Kundasang yang menjadi platform mengeratkan hubungan antara penduduk setempat dengan warga agensi hal ehwal agama.

"Jakim turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi, rakan strategik, petugas, malim gunung dan komuniti setempat, khususnya penduduk Kampung Mesilou atas kerjasama menjayakan keseluruhan program berkenaan.

"Semoga ukhuwah dan semangat kebersamaan yang terbina terus menyuburkan usaha dakwah serta khidmat kepada masyarakat," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved