Arca ikan todak bukan dipindah, tapi bakal diganti baharu: DBKK

3 Mar 2025 • 4:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Abbey Junior

Kota Kinabalu: Arca ikan todak (Bulatan Todak) yang dilihat sedang diangkut dengan trak DBKK dalam sebuah video tular, baru-baru ini bukanlah dipindahkan namun sebaliknya sedang dalam proses naik taraf kepada versi baharu yang lebih besar dan cantik, menurut seorang pegawai DBKK yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut.

Pemindahan terbabit menimbulkan kebimbangan orang ramai tetapi DBKK memberi jaminan bahawa arca marlin ikonik itu hanya menjalani proses naik taraf sebagai sebahagian daripada usaha memperindah landskap bandar.

Arca todak baharu dijangka siap sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Sebagai lokasi popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong, arca todak itu sudah lama dianggap sebagai mercu tanda bandaraya selain tempat kegemaran untuk bergambar di Kota Kinabalu.

Penaiktarafan ini adalah sebahagian daripada usaha komited DBKK untuk menambah baik beberapa bulatan di pusat bandar termasuklah Bulatan Bangau di Jalan Tugu dan Bulatan Wisma Perkasa (Bulatan Bunga Raya) di Jalan Tun Fuad Stephens.

DBKK menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika melalui kawasan ini dan mematuhi papan tanda lalu lintas demi keselamatan serta kelancaran aliran trafik.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, DBKK boleh dihubungi melalui akaun media sosial rasmi mereka atau di talian 012-222 0220.