
DBKK Naik Taraf Tiga Bulatan di Kota Kinabalu – Ikan Todak Pun ‘Upgrade’
DBKK Naik Taraf Tiga Bulatan Di Kota Kinabalu, Replika Ikan Todak Bakal Diganti Baharu. Pemandangan bandaraya Kota Kinabalu bakal mengalami perubahan apabila Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengumumkan projek naik taraf tiga bulatan utama di bandar ini.
Projek ini turut melibatkan penggantian replika ikan todak yang selama ini menjadi ikon pelancongan.

Bulatan Mana Yang Terlibat?
Menurut kenyataan rasmi DBKK, tiga bulatan yang akan dinaik taraf adalah:
- Bulatan Ikan Marlin (Bulatan Todak) di Jalan Tun Fuad Stephens.
- Bulatan Bangau di Jalan Tugu.
- Bulatan Wisma Perkasa (Bulatan Bunga Raya) di Jalan Tun Fuad Stephens.
Replika Ikan Todak Ditukar Baharu
Mesti ramai yang perasan bahawa replika ikan todak di bulatan Ikan Marlin sudah agak uzur. Nah, inilah sebabnya! Replika ikonik itu akan diganti dengan yang baharu bagi memastikan bandaraya Kota Kinabalu terus mengekalkan daya tarikan uniknya.
Baru-baru ini, tular di media sosial gambar dan video replika ikan todak itu diangkat oleh sekumpulan pekerja menggunakan lori. Ramai yang berasa nostalgia melihat ikon itu ‘berpindah’ setelah bertahun-tahun menjadi lokasi wajib bergambar pelancong.
Bila Projek Ini Akan Selesai?
Menurut DBKK, kerja-kerja naik taraf telah bermula pada 21 Februari lalu dan dijangka siap pada 17 April depan. Dalam tempoh ini, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan mengikuti arahan papan tanda amaran bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan keselamatan semua.
Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai replika Ikan Todak sebelum ini pernah dilanggar oleh pihak tidak bertanggungjawab:




