Ardell Aryana kongsi proses tanam kaki ibu – “Selesai urusan dunia, kembalikan kepada tanah”

LocalFamily & Parenting
16 Oct 2025 • 3:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon cantik, Ardell Aryana berkongsi pengalaman menguruskan kaki ibunya, Sawiyah Abdullah yang terpaksa dipotong akibat komplikasi diabetes kronik.

Menerusi perkongsian di Threads, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, memberitahu, pengalaman itu merupakan satu bentuk rezeki kerana tidak semua orang diberi peluang untuk melalui perkara sebegitu.

Kongsi proses tanam kaki ibu

image is not available

“Rezeki hari ini dapat diajar belajar dan turut bersama dalam menguruskan untuk cuci bersih serta kafankan bahagian kaki Ibu saya.

“Wahai kaki ibuku yang banyak berjasa, terima kasih selesai urusan kaki ini di dunia dan telah pun dikembalikan kepada tanah,” ciapan Ardell di Threads.

Dalam pada itu, Ardell turut mengucapkan terima kasih kepada pendakwah bebas PU Rahmat yang banyak membantu dalam menguruskan perkara tersebut.

image is not available

“Terima kasih juga untuk ustazah Aina dan PU Rahmat sebab bantu datang sama untuk urusan ini dari forensik hingga ke masjid.

“Proses kafan sehingga urusan ditanam dibuat oleh pasukan pejabat pengurusan dan pasukan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kantan, terima kasih juga kerana sudi bantu saya uruskan kaki ibu, gali tanah untuk tanam. Tidak lupa pihak masjid juga,” jelasnya.

image is not available

Terdahulu, Ardell yang dalam perjalanan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza berkongsi khabar duka berkenaan keadaan ibunya yang perlu menjalani pembedahan memotong kedua-dua kaki akibat penyakit diabetes yang kronik.

Sumber: Threads ardellaryana