
Dalam perkembangan terkini misi Global Sumud Flotilla (GSF), kira-kira 12 aktivis termasuk Zizi Kirana, Hazwani Helmi, Heliza Helmi dan Farah lee telah ditahan tentera IDF.
Selain itu, kapal yang dinaiki Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin turut ditawan pihak IDF kira-kira jam 6 pagi tadi.
Suasana genting ‘live’ SOS kapal Ardell Aryana
Sebelum itu, Ardell sempat membuat siaran langsung di media sosial memperlihatkan suasana genting dengan suara tentera Zionis kedengaran sebelum talian tiba-tiba terputus.
LIVE SOS Video serangan Meriam Air oleh Tentera Laut Israel ke atas Kapal Mikano yang dinaiki Puan Ardell Aryana @ardellaryana #STORYTIME #WORLD #SEA #PALESTINE #MALAYSIA
Malah, sebelum dikepung mereka telah menerima ugutan dan ancaman akan memenjarakan semua yang menyertai misi flotilla itu.
Global sumud nusantara flotilla 2025 Misi kemanusiaan Misi keamanan di bumi ghazzah @ardellaryana #storytime #world #palestine #malaysia #2025
Terdahulu, Ardell sempat memuat naik Instagram Story memberitahu tentera Israel cuba memutuskan semua talian internet mereka.
Hantaran terakhir Ardell

Sehingga kini, masih tiada perkembangan lanjut mengenai keadaan Ardell dan rakan-rakan aktivis lain selepas siaran langsung terakhirnya terhenti secara tiba-tiba.
Pssttt! Semoga beliau dan semua yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini dilindungi serta segera dibebaskan daripada cengkaman tentera Israel.
Kredit: TikTok | Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

