Qualcomm melancarkan papan komputer Arduino Ventuno Q yang direka khusus untuk sistem robotik yang memerlukan sokongan kecerdasan buatan (AI). Ia serasi digunakan robot untuk menjalankan, memanipulasi dan bertindak balas terhadap dunia fizikal yang memerlukan kejituan.

Ventuno Q dikuasakan oleh cip Qualcomm Dragonwing IQ8 yang hadir dengan 8 CPU Cortex, GPU Adreno A623 dan NPU Tensor dengan kuasa 40 TOPS. Ini dipadakan dengan MCU STM32H5, memori 16GB RAM LPDDR5, storan 64GB eMMC dan slot untuk M.2 NVMe Gen4. Terdapat sokongan Wi‑Fi 6, bluetooth 5.3, Ethernet 2.5Gbps, dan kamera menerusi USB.
Setiap Ventuno Q hadir dengan aplikasi Arduino App Lab serta model LLM, VLM, ASR, pengesanan gestur, dan penjejakan objek. Papan komputer ini menyasarkan penggunaan pada reruai pintar, sistem komputer AI pinggiran, dan robot yang memerlukan kawalan motor serta penglihatan komputer.
Arduino Ventuno Q akan dijual bermula Q2 2026 dengan harga sekitar $300 sebuah.



