Argentina kembali ungguli ranking pertama FIFA selepas 6 tahun

6 Apr 2023 • 10:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lionel Messi

ARGENTINA kembali mengungguli Ranking Dunia Lelaki FIFA buat pertama kali sejak 2017, menurut badan induk bola sepak dunia itu yang mengumumkan kedudukan terkini pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Argentina yang diketuai Lionel Messi memenangi Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar pada Disember.

Digelar La Albiceleste (The White and Sky Blue), Argentina sebelum ini mendahului ranking FIFA pada Mac 2017.

Argentina memperoleh 1,840.93 mata, diikuti Perancis dengan 1,838.45 mata.

Brazil berada di tempat ketiga dengan 1,834.21 mata.

Kedudukan Dunia FIFA seterusnya akan diterbitkan pada 20 Julai. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved