Argentina kukuhkan cengkaman

FootballSports
6 Sep 2024 • 3:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dybala (kanan) meraikan jaringan selepas meledak gol semasa aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan, Argentina menentang Chile di Stadium Mas Monumental, Buenos Aires. Foto AFP

image is not available
Dybala (kiri) dan penyerang Chile, Dario Osorio berebut bola semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan, Argentina menentang Chile di Stadium Mas Monumental, Buenos Aires. Foto AFP

JUARA dunia, Argentina kembali bangkit meraih kemenangan untuk mengukuhkan cengkaman di puncak Kumpulan Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan selepas menewaskan Chile 3-0 pada Jumaat.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Mas Monumental, gol La Albiceleste dijelmakan Alexis Mac Allister pada minit ke-48, Julian Alvarez (m-48) dan Paulo Dybala (m-91).

Argentina selepas ini akan berdepan dengan Colombia dalam perlawanan ulangan final Copa America di Estadio Metropolitano pada Rabu depan.

Sebagai rekod, Argentina menewaskan Colombia 1-0 dalam perlawanan akhir Copa America di Stadium Hard Rock, Miami pada 15 Julai lalu menerusi jaringan Lautaro Martinez pada masa tambahan bagi memastikan gergasi Amerika Selatan tersebut menambah koleksi Copa America ke-16.

Anak buah Lionel Scaloni memimpin kumpulan dengan 18 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan diekori rapat Uruguay (13 mata), kurang satu perlawanan yang akan berdepan Paraguay di Stadium Centenario, Montevideo pada Sabtu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved