Argentina tempah pertembungan epik dengan England

FootballSports
12 Jul 2026 • 12:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Argentina tempah pertembungan epik dengan England
Julian Alvarez (dua kiri) meledak gol yang mencetuskan kebangkitan Argentina. Foto Agensi

ARGENTINA menempah pertembungan epik dengan England di separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Switzerland 3-1 dalam aksi suku akhir penuh dramatik yang berlanjutan sehingga masa tambahan di Kansas City, sebentar tadi.

Skuad kendalian Lionel Scaloni terpaksa mengharungi pertarungan selama 120 minit sebelum mematahkan tentangan Switzerland yang beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-72, sekali gus meneruskan misi mempertahankan kejuaraan.

Argentina bermula garang apabila Alexis Mac Allister meletakkan juara bertahan itu di depan seawal minit ke-10, namun Switzerland bangkit menyamakan kedudukan menerusi Dan Ndoye pada minit ke-67 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Harapan Switzerland semakin pudar apabila penyerang mereka, Breel Embolo, dilayangkan kad merah pada minit ke-72 selepas menerima kad kuning kedua kerana melakukan simulasi.

Meskipun beraksi dengan 10 pemain, Switzerland bertahan dengan baik sebelum Julián Alvarez akhirnya memecah kebuntuan menerusi rembatan padu pada masa tambahan yang gagal diselamatkan penjaga gol Switzerland, Grigo kobel.

Lautaro Martinez kemudian mengesahkan kemenangan Argentina apabila meledak gol ketiga pada minit ke-121, sekali gus menutup perjuangan Switzerland.

Kemenangan itu memastikan La Albiceleste mara ke separuh akhir untuk bertemu England yang terlebih dahulu menyingkirkan Norway 2-1 selepas masa tambahan dalam satu lagi aksi suku akhir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved