Arif akui serabut tukar pasangan

10 Oct 2026 • 7:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Arif akui serabut tukar pasangan

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Arif Junaidi mengakui berasa serabut apabila sekali lagi terpaksa menyesuaikan diri dengan pasangan baharu, tetapi turut menganggap situasi itu sebagai cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha memperbaiki prestasinya.

Arif bakal bergandingan dengan pemain muda, Muhammad Faiq Haziq Masawi bagi mengharungi tiga kejohanan badminton akan datang iaitu Malaysia Super 100 di Johor serta pertandingan di Indonesia dan Taiwan.

Arif berkata, keputusan untuk menggabungkan dirinya dengan Faiq dibuat selepas perbincangan bersama barisan kejurulatihan, termasuk ketua jurulatih beregu lelaki, Harry Iman Pierngadi, bagi menilai keserasian serta kemampuan mereka beraksi sebagai satu gandingan.

“Sudah tentu saya rasa serabut kerana banyak perkara yang perlu difikirkan. Tetapi apabila difikirkan semula, situasi ini bukan berlaku kepada saya sahaja, malah pemain lain juga pernah menghadapinya.

“Saya bukan membuat keputusan ini seorang diri, sebaliknya turut mendapatkan pandangan jurulatih dan pemain senior mengenai situasi yang sedang saya lalui,” katanya sewaktu ditemui pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, semalam.

Arif sebelum ini bergandingan dengan Yap Roy King pernah menjuarai Terbuka Macau, tahun lalu dan menghuni ranking tertinggi No. 16 dunia.

Menurut pemain berusia 24 tahun itu, cabaran kali ini bukan sekadar membina keserasian dengan pasangan baharu, malah menuntutnya memahami corak permainan Faiq yang berbeza berbanding Roy King.

Jelasnya, Faiq merupakan pemain kidal, sekali gus memerlukan penyesuaian semula dari segi pergerakan dan strategi ketika beraksi bersama di gelanggang.

“Cuma daripada sudut positif, kelebihan kami yang kedua-duanya kidal, mungkin mampu mengelirukan lawan yang tidak biasa berdepan kombinasi sedemikian.

“Setakat latihan, keserasian itu masih belum begitu lancar kerana saya sendiri baru kembali menjalani latihan selepas mengalami kecederaan bahu,” ujarnya. – UTUSAN

The post Arif akui serabut tukar pasangan appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved