Arkib Komuniti bermula di Klang: Memori silam, aset masa depan (FOTO ESEI)

Opinion
19 May 2025 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Klang dipilih sebagai lokasi pertama pelancaran Program Arkib Komuniti, inisiatif Arkib Negara Malaysia untuk memelihara dan mendokumentasi warisan serta sejarah tempatan.

Program yang bertujuan mengumpul artifak, kisah masyarakat dan salasilah keluarga sebagai rujukan generasi akan datang ini sejajar dengan tekad kerajaan memastikan sejarah tidak terhapus ditelan arus pembangunan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang ketika merasmikan program berkenaan pada 17 Mei berkata pemilihan Klang berdasarkan statusnya sebagai pusat sejarah dengan khazanah budaya lebih 4,000 tahun.

Beliau turut menggalakkan masyarakat aktif menyumbang bahan sejarah peribadi seperti gambar, dokumen dan cerita lisan bagi menjayakan usaha pendigitalan arkib agar bahan sejarah mudah diakses dan diperluas ke seluruh negara.

Klang kini menjadi titik permulaan usaha memelihara sejarah dan memperkukuh identiti nasional berasaskan perpaduan dalam kepelbagaian.

Jurufoto Mohd Khairul Helmy Mohd Din merakam suasana majlis perasmian di Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana, Klang.

image is not available
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (tengahm duduk) bersama Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain (dua, kiri) bergambar pada Program Arkib Komuniti di pekarangan Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana, Klang pada 17 Mei 2025

image is not available
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mencuba replika teh tarik ketika melawat ke ruang pameran selepas merasmikan Program Arkib Komuniti di pekarangan Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana, Klang pada 17 Mei 2025.

image is not available
Antara peralatan pemasyhuran Majlis Bandaraya Diraja Klang dipamerkan pada Program Arkib Komuniti di pekarangan Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana, Klang pada 17 Mei 2025.

image is not available
Antara peralatan pemasyhuran Majlis Bandaraya Diraja Klang dipamerkan pada Program Arkib Komuniti di pekarangan Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana Klang pada 17 Mei 2025.

image is not available
Orang ramai tidak melepaskan peluang melawat ke ruang pameran keris pada Program Arkib Komuniti di pekarangan Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana, Klang pada 17 Mei 2025.

image is not available
Orang ramai teruja menyaksikan demonstrasi tulisan khat sempena Program Arkib Komuniti di pekarangan Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana, Klang pada 17 Mei 2025.

image is not available
Pengunjung terpesona melihat kehalusan seni ukiran pada peralatan pemasyhuran Majlis Bandaraya Diraja Klang yang dipamerkan sempena Program Arkib Komuniti di Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana, Klang pada 17 Mei 2025.

image is not available
Kakitangan Jabatan Arkib Negara mempersembahkan demonstrasi pemulihan bahan sejarah sempena Program Arkib Komuniti di pekarangan Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana, Klang pada 17 Mei 2025.

image is not available
Ruang pameran keris menjadi tumpuan pengunjung Program Arkib Komuniti di Galeri Warisan MBDK, Klang pada 17 Mei 2025.

image is not available
Orang ramai melawat ke ruang pameran Tourism Selangor pada Program Arkib Komuniti di pekarangan Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana, Klang pada 17 Mei 2025.

image is not available
Alunan muzik tradisional memeriahkan lagi ruang pameran Program Arkib Komuniti di Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana, Klang pada 17 Mei 2025.

image is not available
Antara variasi sambal warisan yang diiktiraf Jabatan Warisan Negara dipamerkan sempena Program Arkib Komuniti di Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana, Klang pada 17 Mei 2025.

image is not available
Replika kapal warisan Persatuan Waris Nakhoda Yusof dipamerkan sempena Program Arkib Komuniti di Galeri Warisan MBDK, Jalan Tengku Kelana, Klang pada 17 Mei 2025.