Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bahang Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 (F1) yang berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober kian terasa apabila ramai yang tidak sabar untuk melihat pelumbaan kesukaan mereka beraksi di litar.
Sempena dengan pertandingan gilang-gemilang ini tak dinafikan pelbagai perkara disediakan untuk memberikan keselesaan kepada pelumba dan juga para penonton.
Arkitek kongsi ubah suai dilakukan untuk sebuah tandas di SIC
Baru-baru ini seorang Arkitek Profesional Pereka Dalaman, Ar. IDr Qhawarizmi Norhisham telah berkongsi hasil ubah suai pada salah sebuah tandas yang dilakukan syarikatnya, Qhawarizmi Architect di Litar Sepang itu.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Qhawarizmi kelihatan tandas terbabit pada mulanya mempunyai konsep yang sudah lama.
Meskipun dari segi penjagaannya bersih namun ia penampilannya sudah lama dan memerlukan nafas yang baharu sesuai dengan peredaran trend konsep terkini yang lebih estetik dengan pengudaraan yang terbuka.
Beri identiti baharu pada tandas lama
“Bahrain F1 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Malaysia akan berlangsung esok (2 October). Kami gembira menjadi salah satu daripada kumpulan yang membuat rekaan dan menghasilkan ‘Welcome Toilet.’
“Mengubah daripada tandas yang lama kepada identiti yang baharu,” kata Qhawarizi.
Lantai, cermin dan tumbuhan artificial buat tandas nampak lebih cantik dan selesa
Dalam foto yang dikongsikan, kelihatan beberapa perubahan yang dilakukan pada dekorasi dalam tandas berkenaan seperti lantai yang bercorak, cermin bujur, turut kelihatan terdapat tanaman hijau tiruan (artificial) digunakan.
Inspirasi rekaan daripada racing flag dan visualisasi dinamik
Jelas Qhawarizmi kepada BuzzKini, lantai yang tampil dengan rekaan corak berjalur warna kelabu gelap dan kelabu cair itu diinsipirasikan daripada ‘racing flag’ dan juga pergerakan udara.
Maka jika diteliti pada lantai tersebut rekaan coraknya seperti beralun menggambarkan pergerakan udara.
“Diinsipirasikan oleh monokromatik bendera berpetak (racing flag) dan visualisasi dinamik (Compurter Fluid Dynamics (CFD)), reka bentuk ini menyerlah kecanggihan suka permotoran yang bukan sekadar kelajuan semata-mata.
“Ia merupakan satu dunia di mana seni bertemu sains, ketepatan bertemu naluri dan teknologi bertemu intuisi manusia,” katanya.
View on Threads
Mozek pada lantai dan dinding dilapisi dengan epoksi seperti batu-batuan
Turut kelihatan warna pada tandas juga diubahsuai, katanya mereka menggunakan epoksi pada mozek dinding dan juga lantai.
Ini kerana mozek asal masih digunakan cuma ia kini dilapisi (layer) dengan epoksi yang dilihat seperti batu-batuan selain turut dicat semula.
“Ya kami cat, tekstur cat epoksi. Nampak macam stone (batu) ala-ala hotel,” katanya kepada BuzzKini.
Ambil masa 50 hari untuk buat ubah suai
Tambahnya lagi, mereka mengambil masa sekitar 50 hari untuk membuat ubah suai tandas berkenaan.
“50 hari. Rekaan sudah disediakan sebelum pengumuman F1 lagi. Rekaan bermula sejak Julai 2025. Asalnya ia diubah suai untuk persediaan MotoGP.
“Mozek (tiles) kita tak pecahkan. Ada dinding yang kita buang untuk bahagian cermin agar ruang nampak luas.”
Terdapat fasiliti lain turut ditambah
Kata beliau lagi selain penambaikan kosmetik, mereka juga telah menambah baik fasiliti operasi tandas itu seperti:
- Tambahan satu tandas Orang Kurang Upaya (OKU)
- Mesin layan diri
- Bilik bayi
- Loker yang boleh disewa
- 4 pintu masuk
- Ramp OKU
Beliau turut memberikan penghargaan kepada SIC atas kepercayaan yang diberikan untuk mengubah suai tandas berkenaan.
Qhawarizmi turut berkongsi Qhawarizmi Arcitect juga baru memenangi tempat pertama Pertandingan Rekaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Ada 2 lagi tandas dan surau yang akan diubah suai
Sewaktu disoal adakah terdapat fasiliti lain di dalam SIC yang turut diubah suai oleh pihaknya? Qhawarizmi memaklumkan setakat ini cuma satu tandas yang sudah siap diubahsuai.
Namun mereka sudah mempunyai rekaan bagi dua lagi tandas termasuk surau yang berada di pintu K1A, akan tetapi ia dijangka siap selepas MotoGP.
Ramai puji hasil rekaan yang cantik dan konsep ‘open air’
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji hasil rekaan dan dekorasi yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.
Malah ada yang menyifatkan ia pengubahsuaian yang terbaik kerana pereka tidak membazir seperti memecahkan mozek namun ia masih kelihatan cantik.
Tidak kurang ada yang mengatakan sebelum ini tandas tersebut dilihat seperti tandas di asrama namun kini ia lebih cantik.
Ada juga yang memberi cadangan seperti menggunakan tumbuh-tumbuhan yang hidup kerana penjagaan untuk kebersihan lebih mudah berbanding tiruan.
Bukan hanya itu ada yang menyifatkan siling yang tinggi dan udara yang terbuka turut membantu dari segi suhu.
“Terima kasih! Daripada tandas R&R terus jadi tandas event area. Good job!”

“Hal sebegini hanya menunjukkan satu perkara yang kita mampu melakukannya, jika diberi peluang, apa lagi dengan masa yang sikat.”

“Nampak menarik! Siling tinggi dan udara terbuka sangat membantu dengan suhu. Harap team pembersihan mempunyai stok sabun dan tisu yang cukup.”

“Cantik, daripada melihat pada gambar. Pengudaraannya nampak bagus”

