ARM Melakukan Pelaburan Strategik Pada Raspberry Pi

TechnologyDigital
3 Nov 2023 • 5:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ARM, salah satu syarikat yang terkenal dengan rekabentuk cip pemprosesan yang menjana majoriti besar telefon pintar, kini mengumumkan pelaburan strategik pada Raspberry Pi.

Pelaburan strategik ini membawa kepada pegangan minoriti oleh ARM pada Raspberry Pi. Dengan langkah ini, ia akan meneruskan kerjasama kedua-dua pihak dalam pembangunan khusus melibatkan komuniti peranti berhubung.

image is not available

Raspberry Pi menawarkan penyelesain berkos sangat rendah untuk pembangunan peranti berhubung – dan turut boleh digunakan sebagai komputer mini. Raspberry Pi sedia menghasilkan produk berasaskan Arm sejak 2008 lepas, dan menjadi pilihan ramai pelajar dan pembangun seluruh dunia.

Dengan pelaburan ini, ia dijangka kerjasama kedua-dua pihak akan diteruskan seperti biasa, dan pada masa yang sama membawa kepada kebaikkan komuniti Raspberry Pi seluruh dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved