ARMY Luar Biasa! Peminat BTS Indonesia Kumpul Lebih RM130k Buat Mangsa Tragedi Stadium Kanjuruhan

8 Oct 2022 • 1:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tragedi menyayat hati di Stadium Kanjuruhan pada tempoh hari menyaksikan 131 penonton maut selepas tamatnya perlawanan di antara Arema FC dn Persebaya. Situasi ini mendapat perhatian ramai pihak, dan salah satunya ialah peminat BTS di negara itu.

Selepas berlakunya tragedi hitam itu, peminat BTS Indonesia melalui BTS ARMY Project Lombok telah memulakan inisiatif dengan mengumpul dana bantuan buat keluarga mereka yang terkorban pada tempoh hari.

image is not available

Menurut salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam BTS ARMY Project Lombok, Hardyanti Mulyani Hastuti, mereka mengumpul dana dengan menggunakan platform Kitabisa.com untuk memastikan proses sumbangan lebih mudah dan efisien.

Selepas tiga hari bermulanya kempen ini, ARMY Indonesia telah berjaya mengumpul lebih RM135 ribu. Untuk rekod, dana terkumpul telah melebihi sasaran yang ditetapkan.

Sambung Hardyanti, sumbangan ini akan diutamakan kepada mereka yang cedera dan trauma akibat kejadian tempoh hari. Untuk proses pemberian bantuan, BTS ARMY Project Lombok turut bekerjasama dengan BTS ARMY Malang.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama BTS ARMY Project Lombok mengutip sumbangan untuk mereka yang memerlukan. Sebelum ini juga, mereka pernah menganjurkan aktiviti sosial untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

Salute buat ARMY Indonesia!

 

Kredit: Kompas

image is not available

Sumber: Tribun

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.