ARMY Tuntut Label Rakaman Batalkan Tayangan ‘SUGA THE MOVIE’ Di Is**el

Music
21 Mar 2024 • 9:30 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Bangtan Boys (BTS), dokumentari solo Suga ‘SUGA | Agust D TOUR ‘D-DAY THE MOVIE’ akan menemui peminat dan akan tersedia di pawagam seluruh dunia untuk masa yang terhad.

image is not available

Foto: HYBE Label

Walau bagaimanapun, peminat serta-merta terkejut dengan fakta bahawa filem itu turut akan ditayangkan di Israel dan menuntut rekod label, HYBE untuk membatalkan semua tayangan filem SUGA THE MOVIE di negara berkenaan.

Di aplikasi X, rata-rata peminat meluahkan rasa ketidakpuashatian terhadap rekod label tersohor itu dengan menggunakan kepasyen ‘CANCEL THE SCREENING IN ISRAEL’, serta tanda pagar lain seperti #HYBEDivestFromZionism.

Menurut Kpop Starz, peminat telah membuat keputusan untuk memboikot jenama dan agensi yang telah menunjukkan sokongan kepada Israel atau kekal berkecuali dalam perkara itu.

Ini kerana Israel bertindak kejam di Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan lebih dua juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.

Dalam pada itu, rata-rata peminat menuntut agar tayangan itu tidak ditayangkan di Israel untuk menunjukkan solidariti bagi mereka yang bergelut di Palestin.

Beberapa ARMY telah menyatakan bahawa jika HYBE memilih untuk meneruskan tayangan filem itu di Israel, mereka akan memboikot dengan tidak menonton filem tersebut sebagai tanda menentang kezaliman.

image is not available

Foto: Allkpop

Sehingga artikel ini ditulis, HYBE Labels belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu dan tanda pagar #HYBEDivestFromZionism masih trending di aplikasi X.

Sumber: Kpop Starz