Penuhi Permintaan Peminat, Suga BTS Akan Siarkan Konsert ‘Agust D TOUR’ Di Pawagam Seluruh Dunia

Music
6 Mar 2024 • 12:37 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Big Hit Music telah mengumumkan bahawa konsert solo Suga BTS iaitu “Agust D TOUR ‘D-DAY'” akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Terlebih dahulu, sebelum menjalani perkhidmatan ketenteraan, ahli BTS tersebut telah mengadakan konsert jelajah dunia di 10 buah bandar terpilih.

Dengan lebih 25 persembahan dari April hingga Jun 2023, konsert tersebut telah dihadiri oleh 290,000 peminat dari seluruh dunia.

Disebabkan mendapat sambutan yang baik, Big Hit telah membuat keputusan untuk menayangkan konsert tersebut secara siaran langsung di panggung wayang serata dunia buat peminat yang tidak dapat hadir ke konsert sebelum ini.

Dalam masa yang sama, konsert tersebut juga akan menjadi filem BTS pertama yang ditayangkan di teater khas IMAX. Di mana, skrin ultra besar itu dijangka akan membawa keseronokan yang sama, persis seperti berada di konsert sebenar.

Konsert yang dinantikan ramai ini akan ditayangkan di panggung wayang pada 10 dan 13 April ini dan segala maklumat lanjut mengenai lokasi tayangan boleh diperiksa di laman web yang tertera.

Beraya dengan Suga la jawabnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.