
Aron Canet, pelumba Moto2 dari Sepanyol yang terkenal dengan gaya tunggangan agresif dan konsisten kini berdepan cabaran di luar litar iaitu soal minat penaja yang terjejas disebabkan penampilannya yang penuh tattoo. Walaupun Canet pernah menerima tawaran daripada pasukan Aprilia di kelas MotoGP pelumba ini memilih untuk kekal di Moto2 sambil menunggu peluang yang lebih meyakinkan.
Namun laporan dari media Sepanyol menyebut bahawa antara faktor yang melambatkan kemajuan karier Canet ke kelas utama ialah persepsi beberapa penaja terhadap imej luarnya. Tattoo yang penuh di tubuh dan wajahnya walaupun menjadi sebahagian daripada identiti dirinya dilihat oleh sesetengah penaja sebagai “kurang komersial” untuk dipasarkan kepada khalayak umum yang lebih konservatif.
Canet sendiri pernah menyatakan bahawa dia tidak akan mengubah dirinya semata-mata demi memenuhi kehendak luar. “Saya berlumba dengan hati bukan dengan kulit saya,” katanya dalam satu temu bual.
Isu ini membuka perbincangan lebih luas tentang bagaimana penampilan atlet masih memberi kesan kepada nilai komersial mereka meskipun prestasi di litar tidak dapat dinafikan. Bagi Canet, cabaran ini bukan penghalang tapi bukti bahawa identiti peribadi tetap penting dalam dunia sukan moden.
The post Aron Canet Pertahan Pendirian Diri appeared first on TW Media.

