Aron Koh Abadikan Pengalaman 18 Tahun Jadi Penerbit Filem Dalam Buku ‘Lensa: Di Sebalik Kisah Pembikinan Filem Malaysia’

15 Dec 2023 • 7:09 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penerbit Aron Koh menterjemahkan pengalaman selama 18 tahun dalam dunia perfileman menerusi buku berjudul berjudul Lensa: Di Sebalik Kisah Pembikinan Filem Malaysia.

Menurut Aron, karya terbabit boleh dimanfaatkan oleh penggiat seni serta dapat digunakan bagi tujuan pendidikan kepada mereka yang berminat dalam industri perfileman tempatan.

“Melalui buku terbabit, mereka yang mahu belajar dapat memahami selok belok dunia seni, terutamanya peraturan industri. Ia bercerita mengenai analisis proses pembikinan filem dan mengenal pasti faktor kejayaan sesebuah filem serta adaptasi trend industri pasca pandemik.

“Saya juga yakin buku ini akan memberi inspirasi dan pandangan kepada pembikin filem baharu, lepasan ijazah dan yang sedang menunggu peluang serta pendedahan kepada pembuat filem luar negara tentang industri perfileman dalam Malaysia,” ujar penerbit filem Haunted Hotel ini.

Aron berkata demikian pada majlis pelancaran buku Lensa: Di Sebalik Kisah Pembikinan Filem Malaysia di TGV Pavilion, Bukit Jalil baru-baru ini.

image is not available

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman.







image is not available