Arsenal luar biasa

Football
24 Apr 2024 • 10:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kai Havertz meraikan jaringannya ketika menentang Chelsea. FOTO: AFP

MIKEL Arteta memuji usaha luar biasa pemainnya ketika Arsenal membelasah Chelsea 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas minggu sukar menyaksikan Arsenal tewas kepada Aston Villa dalam EPL dan Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara, The Gunners telah bangkit dengan kemenangan menentang Wolves dan Chelsea dalam masa tiga hari untuk mara ke puncak liga.

“Apa yang dilakukan oleh pemain dalam tempoh 10 hari lepas memang sukar dipercayai dari segi fizikal.

“Apabila anda melihatnya, ia seperti mustahil tetapi mereka boleh melakukannya dan mereka boleh memperbaiki pasukan kerana mereka mahu.

"Mereka mempunyai mentaliti, mereka benar-benar mahu memenanginya," katanya.

Kai Havertz menjaringkan dua gol menentang bekas kelabnya ketika Arsenal mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas liga.

Pemain pertahanan Ben White turut meledak dua gol selain gol pembukaan Leandro Trossard pada separuh masa pertama.

Arteta berkata, kemenangan itu adalah dorongan besar untuk pasukannya pada situasi yang begitu penting musim ini, tetapi perlawanan besar menentang Totenham Hotspur pada Ahad akan menjadi satu lagi perlawanan sukar.

"Kemenangan itu hebat untuk kami dan meletakkan keyakinan serta kepercayaan bahawa kami boleh melakukannya juga," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved