“Manjanya” – Rakaman Belum Bermula, Aksi Kim Soohyun & Kim Jiwon Bermesraan Di Atas Katil Raih Perhatian

EntertainmentMusic
24 Apr 2024 • 3:49 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tidak dinafikan bahawa Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won nampak serasi bersama dalam “Queen of Tears”.

Baru-baru ini, tvN telah melancarkan video di sebalik tabir penggambaran untuk episod 13 dan 14 “Queen of Tears”, memaparkan keserasian luar biasa antara Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won.

Dalam video yang dikongsi, kedua pelakon itu dilihat sedang baring bersebalahan di atas katil sambil membaca skrip dan memantau adegan yang telah mereka rakam.

Meskipun penggambaran belum bermula, mereka berdua nampaknya tetap selesa untuk bermesra bersama, menimbulkan persoalan sekiranya Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won sedang menjalinkan hubungan.

Komen penonton ‘cair’,

  • Betul ke tengah berlakon nii.
  • Ni memang macam pasangan yang dah kahwin ni.
  • Video behind the scene lagi romantik dari drama sebenar.
  • Ji-won manja betul dengan Soo-hyun.

Ala kalau dah suka tu, kahwin je la!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.