Art Director Muzik Video Siti Nurhaliza Meninggal Dunia…

24 Nov 2023 • 1:01 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pereka artistik terkenal Firdaus Othman yang bertanggungjawab mereka set beberapa muzik video penyanyi tempatan termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meninggal dunia.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.02 pagi Jumaat di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Allahyarham meninggal dunia pada usia 32 tahun.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh pasukan Firdaus Othman Design (FOD) di akaun Instagram.

FOD sentiasa memuat naik dari masa ke masa keadaan kesihatan Firdaus di media sosial sehingga kali terakhir FOD memaklumkan tentang keadaan Firdaus yang semakin kritikal dan bantuan pernafasan Allahyarham terpaksa dihentikan pada Khamis.

Sebelum itu, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 6 Oktober lalu selepas mengalami kemerosotan kesihatan selama sebulan.

Allahyarham kemudian menjalani pembedahan pada 8 Oktober setelah disahkan terkena jangkitan kuman pada otak.

Selain Siti, Allahyarham turut bertanggungjawab mereka set muzik video Peluang Kedua dendangan Nabila Razali.

Allahyarham juga merupakan individu yang menghias pentas dan mereka set persembahan Sufian Suhaimi pada Anugerah Juara Lagu Ke-33 menerusi lagu Di Matamu.

Allahyarham akan dikebumikan di rumah keluarganya di Felda Palong, Negeri Sembilan selepas solat Asar

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved