Arthur harap kerajaan negeri setuju Sook dinaik taraf daerah penuh

28 Feb 2023 • 12:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup, berharap kerajaan negeri bersetuju untuk menaik taraf Daerah Kecil Sook sebagai daerah penuh.

“Saya berharap Kabinet Negeri dapat memberi pertimbangan sewajarnya dan meluluskan saranan untuk menaik taraf Daerah Kecil Sook sebagai daerah penuh.

“Saya percaya sekiranya perkara ini dapat direalisasikan, ia akan memudahkan lagi perancangan dan pelaksanaan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat di kawasan Parlimen Pensiangan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.