Artis Diminati Ramai Wanita, Penyanyi Sabah MK K-Clique Akhirnya Selamat Bergelar Suami

16 Jun 2023 • 10:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah MK dan isteri

Artis Diminati Ramai Wanita, Penyanyi Sabah MK K-Clique Akhirnya Selamat Bergelar Suami. Penyanyi popular MK K-Clique, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 tahun telah selamat bergelar suami dalam majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup di Ampang, Selangor.

Menurut sumber, majlis akad nikah tersebut telah diadakan di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor yang dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

image is not available
Artis Diminati Ramai Wanita, Penyanyi Sabah MK K-Clique Akhirnya Selamat Bergelar Suami

Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke syurga!

Penyanyi K-Clique, MK telah selamat bergelar suami kepada Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26 tahun dengan sekali lafaz sebentar tadi.

MK telah dinikahkan oleh penolong pendaftar nikah kariah masjid tersebut, Mahdi Mat Zain. Bapa kepada pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad turut hadir dalam majlis tersebut.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh singkat. Syukur dah jadi suami. Doakan kebahagiaan kami bersama”, kata MK kepada pihak media

image is not available

Majlis resepsi mereka akan diadakan di sebuah hotel di Klang, Selangor pada hari Sabtu.

Siti Hajaar telah menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan. MK pula menyerahkan enam dulang hantaran dan jumlah yang diberikan oleh pengantin perempuan adalah sama.

Sebelum ini, terdapat desas-desus tentang perkahwinan MK apabila gambar dirinya bersongkok dimuat naik di media sosial dengan kapsyen yang memberi petanda tentang perkahwinannya.

Terdapat juga video yang tular menyaksikan MK menghadiri sesi kursus perkahwinan. Walau bagaimanapun, MK memilih untuk tidak berkomen tentang perkahwinannya apabila ditanya mengenai perancangan hari bahagianya.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: