MK akui Siti Hajaar banyak bantu diri jaga batas pergaulan

16 Jun 2023 • 5:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pagi tadi dengan sekali lafaz, penyanyi popular negara MK telahpun sah bergelar suami kepada Siti Hajaar.

MK yang berasal dari negeri Dibawah Bayu itu memilih Siti Hajaar sebagai teman hidupnya kerana wanita tersebut banyak mengajarnya tentang kehidupan dan adab termasuklah batas pergaulan.

image is not available

“Saya memilih Siti Hajaar sebagai isteri kerana dia banyak mengajar saya tentang kehidupan dari segi adab dan percakapan. Dia banyak menegur saya ke arah yang lebih baik terutamanya batas pergaulan.”

Ambil masa 2 minggu je buat persiapan

MK turut mendedahkan dia dan isteri hanya mengambil masa dua minggu untuk persiapan majlis perkahwinan itu.

Dia juga menzahirkan rasa syukur dapat bantuan daripada orang-orang hebat yang sanggup membantunya melakukan persiapan bagi hari bahagia.

image is not available

Siti Hajaar dah ‘ready’ nak tempuhi pasang surut rumahtangga

Sementara itu, isterinya, Siti Hajaar juga berkata sudah bersedia untuk menghadapi asam garam rumah tangga, lagi-lagi suaminya itu bergiat aktif dalam industri seni.

“Saya dah persiapkan diri untuk sentiasa sabar kerana saya memang memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti.”

image is not available

Sumber: Media Hiburan (Aiman Manaf)