
Anak Muda Kapit Ramles Walter Hidupkan Semangat Gawai Menerusi Lagu Baharu
Artis Iban Ramles Walter Kolaborasi Bersama Maxis Untuk Lagu Gawai Tarik Perhatian Netizen. Bulan Mei membawa kegembiraan istimewa buat masyarakat Borneo. Menjelang sambutan Pesta Gawai pada 1 dan 2 Jun 2024, orang ramai sibuk membuat persediaan untuk meraikannya.
Suasana meriah dapat dirasai di serata kampung lagi-lagi dengan kemeriahan sanak saudara berkumpul di rumah panjang.

Artis Iban Ramles Walter Kolaborasi Bersama Maxis Untuk Lagu Gawai Tarik Perhatian Netizen
Menyemarakkan lagi kemeriahan, artis Iban, Ramles Walter mengeluarkan lagu Gawai pada tahun ini berkolaborasi dengan syarikat telekomunikasi gergasi, Maxis.
Dilancarkan pada 3 Mei 2024 (hari ini), lagu ini menampilkan rentak muzik yang ceria berdasarkan teaser yang telah dimuatnaik dua hari lepas, bakal menyemarakkan lagi sambutan Gawai pada tahun ini.
Ramles Walter, anak muda berbakat dari Kapit, mempunyai vokal yang merdu mengasyikkan. Memulakan kariernya dalam industri muzik pada 2019, setiap lagunya mencuri perhatian bukan sahaja peminat muzik tempatan, malah turut mencuit hati pendengar di peringkat global.
Antara lagu beliau yang popular ‘Aram Begawai’ ini telah mencapai hingga 10 juta tontonan di Youtube.
Untuk pengetahuan anda, ini merupakan tahun kedua Ramles Walter telah berkolaborasi dengan Maxis. Sebelum ini, beliau telah mengeluarkan lagu bertajuk ‘Richah Gawai’ sempena penutup musim menuai padi. Ia menampilkan adat, permainan tradisi dan cara hidup masyarakat Iban.
Tak sabar pulak rasanya nak dengar lagu terbaru beliau yang bakal dilancarkan pada 8 malam ini!



