Artis Korea Selatan Batal Konsert Di Malaysia Lepas Dikecam Netizen Gara-gara ‘Like’ Status Sokong Israel?

Entertainment
28 Oct 2023 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang penyanyi Korea yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu Eric Nam telah membatalkan konsertnya yang sepatutnya berlangsung di Kuala Lumpur pada Februari 2024 setelah dikecam peminatnya di Malaysia gara-gara dirinya yang menyukai atau ‘like’ sebuah status yang menyokong Israel baru-baru ini.

Difahamkan, sebelum itu, pada 16 Oktober lalu, penyanyi tersebut telah memuat naik poster tarikh konsertnya di Asia yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

image is not available

Eric Nam dijangka akan membuat persembahan di Bangkok pada 16 Februari 2024, 18 Februari di Singapura, 20 Februari di Kuala Lumpur, 22 Februari di Taipei, 24 Februari di Seoul dan 26 Februari di Tokyo.

Namun, rata-rata peminatnya di Malaysia kecewa dengan tindakan penyanyi itu yang menyukai atau like status menyokong serangan Israel kepada Palestin.

Akibat isu itu, ramai peminat Malaysia yang mengecam tindakannya itu dan meminta penyanyi itu agar tidak datang ke negara ini.

Susulan dari kecaman itu, Eric Nam semalam kemudiannya memuat naik poster konsertnya yang terbaru di mana dalam poster itu, tarikh dan lokasi untuk konsertnya di Kuala Lumpur sudah pun dibuang.

image is not available

Walau bagaimanapun, pembatalan konsert penyanyi itu di Malaysia dilihat mendapat sambutan baik oleh peminat di negara ini kerana ramai yang tidak sanggup lagi menyokong penyanyi itu.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.