Artis lewat datang set juga laku – Nadia Brian

Entertainment
28 Jul 2026 • 3:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Artis lewat datang set juga laku – Nadia Brian

PETALING JAYA: Pelakon, Nadia Brian, meluahkan rasa hairan apabila pelakon yang berdisiplin sering diketepikan daripada mendapat tawaran berlakon berbanding pelakon yang datang lambat ke set penggambaran hampir setiap hari.

Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, berkata, sesetengah pelakon yang kerap hadir lewat ke lokasi penggambaran masih banyak mendapat tawaran berlakon.

“Pelik tengok apabila ada artis yang datang lewat ke set hampir setiap hari, tetapi masih dapat banyak tawaran berlakon.

“Artis yang komited, menepati masa, dan memberikan 100 peratus kepada kerja tidak mendapat peluang yang sama. Perkara ini sangat pelik. Awak fikir benda yang sama?,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Sebelum ini, isu yang hampir sama juga pernah dibangkitkan oleh pelakon Fasha Sandha yang menegur sikap tidak berdisiplin seorang pelakon di set penggambaran.

Menurut Fasha, kelewatan pelakon tersebut bukan sekadar beberapa minit, malah ada kalanya mencecah satu hingga dua jam sehingga memberi kesan kepada kelancaran proses penggambaran. -UTUSAN

 

 

The post Artis lewat datang set juga laku – Nadia Brian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved