‘Yang lewat dapat tawaran, yang komited tak dapat peluang’

Entertainment
28 Jul 2026 • 10:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Yang lewat dapat tawaran, yang komited tak dapat peluang’

PETALING JAYA – Kecewa, pelakon Nadia Brian mempersoalkan sikap segelintir selebriti yang masih menerima tawaran berlakon walaupun sering hadir lewat ke lokasi penggambaran.

Nadia atau nama penuhnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata, situasi bagaimanapun berbeza dengan rezeki pelakon yang berdisiplin dan komited namun sering dipinggirkan tanpa menerima peluang adil.

“Pelik betul. Ada sesetengah artis yang hampir setiap hari datang lewat ke lokasi penggambaran tetapi masih tetap dapat tawaran berlakon.

“Manakala, artis yang sentiasa komited, menepati masa dan bagi 100 peratus pada kerja pula tak dapat peluang yang sama, pelik kan?,” katanya dalam Threads.

Sebagai anak seni, bintang filem Eva itu sentiasa memastikan sebarang kelewatan yang tidak dapat dielakkan dimaklumkan lebih awal kepada pihak produksi bagi mengelak kesulitan.

“Sudah semestinya saya selalu tepati waktu. Kalau lambat pun biasanya tak lebih 30 minit dan saya mesti akan beritahu pasukan produksi awal-awal.

“Setakat ini, alhamdulillah saya tak pernah buat masalah dengan mana-mana produksi yang saya kerja,” katanya lagi.

Sebelum ini, isu disiplin membabitkan kehadiran ke lokasi penggambaran turut pernah dibangkitkan pelakon Fasha Sandha yang menegur sikap rakan sekerja kerana kerap lewat sehingga menjejaskan kelancaran kerja keseluruhan pasukan produksi.- KOSMO! ONLINE

The post ‘Yang lewat dapat tawaran, yang komited tak dapat peluang’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved