“Artis Yang Tak Pernah Menipu, Selalu Jadi Diri Sendiri” – Emma Maembong Tak Pandai Membaca, Suruh Kawan Baik Bacakan Skrip Drama

Family & Parenting
27 Oct 2023 • 11:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Emma Maembong mendedahkan bahawa dia tidak pernah membaca skrip kerana tidak pandai membaca ketika di awal penglibatannya dalam dunia lakonan.

Kerana tidak pandai membaca, Emma meminta kawan baiknya membaca skrip dan dia mula menghafal.

Setelah menerima tawaran berlakon daripada pengarah Erma Fatima, Emma bersungguh-sungguh belajar membaca.

Sampai Erma Fatima tawarkan saya berlakon. Saya tau kalau nak sesuatu, maksudnya saya kena banyak membaca. Jadi saya cuba baca skrip setiap hari.

Tapi masa itu, kawan baik saya yang tolong bacakan. Dia yang baca dan saya ingat. Saya tak pernah baca skrip.

Jelas Emma lagi, kesukarannya itu bermula apabila dia melalui fasa sukar saat ibu bapanya berpisah dan tidak pernah melalui zaman membesar seperti kanak-kanak lain.

Ada la macam krisis keluarga. Tak pergi sekolah, ibu bapa berebut anak dan bercerai. Semasa proses perceraian, pada masa itu sangat sukar, jadi saya tinggal dengan ayah.

Ayah macam tak reti jadi bapa tunggal. Nak kena bawa anak pergi sekolah semua. Jadi kami ponteng sekolah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"KONON La Solidariti.." - Norish Karman Kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin Sebagai 'Mengarut'