
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencatat pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah daripada jangkaan pada suku kedua tahun ini, menurut Jabatan Perdagangan AS pada Khamis.
Menurut jabatan itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi terbesar dunia itu berkembang pada kadar tahunan yang perlahan sebanyak 1.5 peratus.
Data daripada Biro Analisis Ekonomi (BEA) menunjukkan pertumbuhan ekonomi itu merosot daripada 2.1 peratus pada suku sebelumnya.
Ia sekali gus tidak mencapai jangkaan penganalisis yang mengunjurkan pertumbuhan antara 1.8 hingga 2.0 peratus.
Keadaan itu berlaku ketika ekonomi terbesar dunia itu terus berdepan kesan kewangan daripada perang dengan Iran, selain syarikat-syarikat di AS menyesuaikan operasi mereka dengan pelaksanaan tarif.
Angka pertumbuhan itu lebih rendah daripada jangkaan penganalisis, dengan kelembapan tersebut didorong oleh penurunan perbelanjaan kerajaan, pelaburan dan eksport.
Bagaimanapun, ekonomi AS menerima rangsangan daripada peningkatan perbelanjaan pengguna. – AGENSI
The post AS catat pertumbuhan ekonomi hanya 1.5 peratus appeared first on Utusan Malaysia.





