AS dan Iran Catat Kemajuan! Sasar Ikat Perjanjian Damai 60 Hari

WorldPolitics
22 Jun 2026 • 9:15 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

AS dan Iran Catat Kemajuan! Sasar Ikat Perjanjian Damai 60 Hari

Rundingan damai sepanjang malam antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di pusat peranginan Bürgenstock, Switzerland, dilaporkan mencatatkan “kemajuan besar”. Sesi perbincangan teknikal peringkat tinggi ini digerakkan sebagai susulan kepada memorandum persefahaman (MoU) pada awal minggu lalu bagi memuktamadkan perjanjian perdamaian komprehensif dalam tempoh masa dua bulan.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, mengesahkan Tehran mula menikmati faedah ekonomi hasil pelonggaran sekatan komersial oleh Rumah Putih. Faedah tersebut merangkumi kebenaran pengecualian eksport komoditi minyak dan petrokimia, penamatan sekatan ketenteraan laut di pelabuhan, serta pelepasan sebahagian aset kewangan Iran yang dibekukan di Qatar.

Rancangan damai ini walau bagaimanapun masih dihimpit ketidaktentuan ekoran krisis ketenteraan di Lubnan yang membabitkan serangan Israel ke atas milisi Hezbollah. Pihak ketiga iaitu Pakistan dan Qatar telah menubuhkan pasukan bagi memantau penghentian operasi senjata di Lubnan, yang disifatkan oleh perunding sebagai ujian sebenar kelangsungan MoU ini.

Di bursa komoditi, harga minyak mentah Brent menyusut 0.7% kepada sekitar $80 setong, mencatatkan kejatuhan terkumpul hampir 8% sepanjang minggu lalu seiring dengan peningkatan volume transit maritim di Selat Hormuz. Walau bagaimanapun, rantaian pasaran tenaga Timur Tengah dikejutkan oleh insiden letupan besar di loji bekalan gas Barzan milik QatarEnergy yang mencederakan 54 pekerja.

Sementara itu, proses diplomasi di Bürgenstock terus dikawal rapi oleh delegasi AS yang diketuai oleh Naib Presiden JD Vance,  Jared Kushner, serta Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf. Presiden Donald Trump mengekalkan tekanan dengan memberi amaran keras sedia mengenakan sistem tol kekal di Selat Hormuz sekiranya pusingan rundingan teknikal ini menemui kegagalan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved