AS Dedah Fail Sulit Berkaitan UFO, Ada Laporan 'Cakera Terbang' Sejak 1947

WorldSpace
9 May 2026 • 1:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

AS Dedah Fail Sulit Berkaitan UFO, Ada Laporan 'Cakera Terbang' Sejak 1947

AS Dedah Fail Sulit Berkaitan UFO, Ada Laporan 'Cakera Terbang' Sejak 1947

Pentagon pada Jumaat mengeluarkan kumpulan pertama fail sulit yang mendokumentasikan laporan penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO), termasuk beberapa kes yang direkodkan sejak era 1940-an, sekali gus kembali mencetuskan spekulasi mengenai kewujudan hidupan asing, lapor AFP.

Laporan mengenai piring terbang dan cakera misteri, termasuk penampakan objek bercahaya oren yang digambarkan menyerupai “Eye of Sauron” daripada filem Lord of the Rings, antara kandungan dalam fail berkenaan.

Fail tersebut melibatkan dokumen daripada FBI, Jabatan Negara Amerika Syarikat, NASA selain Pentagon sendiri.

Baca juga:

Minat terhadap UFO kembali meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila kerajaan Amerika Syarikat menyiasat pelbagai laporan mengenai pesawat yang kelihatan luar biasa, di tengah kebimbangan bahawa pihak musuh mungkin sedang menguji teknologi ketenteraan yang sangat maju.

“Fail-fail ini, yang sekian lama disembunyikan di bawah klasifikasi keselamatan, telah mencetuskan pelbagai spekulasi yang berasas dan sudah tiba masanya rakyat Amerika melihatnya sendiri,” kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth dalam satu kenyataan.

Presiden Donald Trump turut memuji tindakan itu dan berkata pentadbiran sebelum ini gagal bersikap telus mengenai perkara ini.

Image from: AS Dedah Fail Sulit Berkaitan UFO, Ada Laporan 'Cakera Terbang' Sejak 1947
Imej pegun inframerah yang diperoleh daripada sistem ketenteraan AS ini didakwa menunjukkan objek tidak dikenali di ruang udara bahagian barat AS pada September 2025. Imej tersebut merupakan antara bahan yang dikeluarkan oleh Pentagon dalam siri fail berkaitan UAP/UFO yang baru dinyahklasifikasikan. Kredit: AFP

"Dengan dokumen dan video baharu ini, rakyat boleh membuat keputusan sendiri mengenai apa sebenarnya yang berlaku?," katanya.

Menurut AFP, Lebih 160 fail telah dimuat naik di laman sesawang Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang secara rasmi merujuk UFO sebagai “ Unidentified Anomalous Phenomena (UAP).

Salah satu fail bertarikh Disember 1947 mengandungi beberapa laporan mengenai cakera terbang.

“Laporan berterusan dan terkini daripada pemerhati yang berkelayakan mengenai fenomena ini masih menjadikan perkara ini sesuatu yang membimbangkan kepada ibu pejabat Air Material Command,” menurut dokumen dalam fail itu.

Satu lagi laporan risikan Tentera Udara yang diklasifikasikan sebagai top secret pada November tahun berikutnya mengandungi maklumat mengenai penampakan pesawat tidak dikenali dan piring terbang.

Manakala, satu lagi fail merumuskan kenyataan daripada tujuh kakitangan kerajaan persekutuan yang secara berasingan melaporkan melihat beberapa fenomena anomali tidak dikenali di Amerika Syarikat pada tahun 2023.

Image from: AS Dedah Fail Sulit Berkaitan UFO, Ada Laporan 'Cakera Terbang' Sejak 1947
Bekas anggota Marin Amerika Syarikat, Michael Herrera (kiri) bercakap semasa pembentangan mengenai UAP/UFO di National Press Club pada 8 Mei 2026 di Washington, D.C. Kredit: AFP

“Kredibiliti pelapor, serta sifat kejadian yang berpotensi aneh itu sendiri, menjadikan laporan ini antara yang paling meyakinkan dalam simpanan semasa AARO,” menurut keterangan fail berkenaan, merujuk kepada pejabat Pentagon dikenali sebagai All-domain Anomaly Resolution Office.

Trump pada Februari lalu mengarahkan agensi persekutuan Amerika Syarikat mula mengenal pasti dan mengeluarkan fail kerajaan berkaitan UFO dan makhluk asing, dengan alasan tindakan itu dibuat berdasarkan minat luar biasa yang ditunjukkan orang ramai.