AS-Israel setuju henti serang Iran dengan bersyarat

WorldPolitics
2 Aug 2026 • 3:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AS-Israel setuju henti serang Iran dengan bersyarat

WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Sabtu berkata bahawa Amerika Syarikat (AS) dan Israel bersetuju untuk menangguhkan serangan baharu terhadap Iran.

Bagaimanapun, penangguhan itu dengan syarat satu perjanjian bagi menamatkan konflik yang telah berlarutan selama beberapa bulan dapat dicapai dengan segera.

Kebimbangan meningkat bahawa pertempuran mungkin kembali memuncak selepas Trump mengancam untuk menyerang Iran dengan sangat hebat.

Beliau turut dilaporkan sedang mempertimbangkan serangan besar-besaran baharu, termasuk menyasarkan kemudahan tenaga di negara tersebut.

Trump berkata, AS sudah bersedia sepenuhnya dan berada dalam keadaan siap siaga untuk bertindak terhadap Republik Islam Iran.

Namun, beliau menambah bahawa Teheran dan beberapa negara lain di Asia Barat telah meminta beliau supaya menangguhkan serangan baharu.

“Berdasarkan permintaan ini, saya telah bersetuju, demi kepentingan masa depan dunia dan juga kelangsungan Iran yang berjaya serta makmur, untuk membatalkan serangan tersebut, tertakluk kepada keupayaan untuk segera mencapai satu perjanjian,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.

Presiden AS itu berkata, perjanjian tersebut mesti merangkumi pembukaan segera, sepenuh dan menyeluruh Selat Hormuz dan berakhirnya ancaman nuklear Iran.

“Negara Israel bersama-sama saya (berhubung)  komitmen ini. Semua pihak perlu mula bekerja dan pastikan ia berjaya,” ujarnya.

Selepas lebih lima bulan perang, yang bermula pada 28 Februari apabila AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Teheran, konflik tersebut dilihat masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. – AFP

 

The post AS-Israel setuju henti serang Iran dengan bersyarat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved