Iran nafi minta AS henti serangan

WorldPolitics
2 Aug 2026 • 8:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran nafi minta AS henti serangan

WASHINGTON: Agensi berita Mehr milik Iran pada Ahad menafikan dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bahawa republik Islam itu telah meminta Washington supaya tidak melancarkan serangan baharu.

Memetik pegawai tentera, agensi itu menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak lebih daripada satu pembohongan baharu dan menegaskan bahawa angkatan tentera Iran kini berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada Sabtu, Trump berkata Amerika bersedia untuk bertindak terhadap Republik Islam Iran. Namun, Teheran mendakwa Iran dan beberapa negara lain di Asia Barat telah memintanya supaya menangguhkan serangan baharu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dengan syarat satu perjanjian dapat dicapai bersama Iran.

“Perjanjian itu mesti merangkumi pembukaan semula Selat Hormuz dengan segera sepenuhnya dan menyeluruh dan penamatan ancaman nuklear Iran,” tulis Trump dalam satu hantaran di platform Truth Social.

Pada Ahad, agensi berita Fars, yang memetik satu sumber yang rapat dengan pasukan perunding Iran, melaporkan bahawa selagi Amerika meneruskan tindakan bermusuhan, Selat Hormuz akan terus ditutup.

Iran telah menyekat Selat Hormuz sejak perang bermula, dengan semua kapal dikehendaki mendapatkan kebenaran dan membayar yuran transit sebelum dibenarkan menggunakan laluan perairan strategik itu. – AFP

The post Iran nafi minta AS henti serangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved