Malaysia dikenakan tarif sebanyak 19 peratus menerusi perintah eksekutif yang ditandatangani Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat.
Dokumen bertarikh 31 Julai 2025 itu dimuat naik di laman Rumah Putih.
Menurut kenyataan, negara yang belum memeterai perjanjian atau menerima notis akan dimaklumkan selewat-lewatnya tengah malam Khamis.
Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, pasukan perdagangan AS bekerja tanpa henti untuk berhubung dengan negara-negara terlibat.
“Lebih 200 negara telah hubungi kami. Dua pertiga daripada 18 rakan dagang utama sudah tandatangan perjanjian khas,” katanya.
Negara lain akan menerima surat atau perintah eksekutif sebelum tengah malam.
Dalam pada itu, Leavit memaklumkan, AS turut mencapai perjanjian baharu dengan Korea Selatan selepas rundingan di Rumah Putih pada Rabu. Di bawah perjanjian itu, Korea Selatan dikenakan tarif 15 peratus termasuk sektor automotif.
Pelaburan AS$350 bilion (RM1.5 trilion) akan disalurkan ke industri AS, dengan 90 peratus keuntungan untuk kerajaan bagi mengurangkan hutang negara.
Baca juga:
Rundingan dengan China pula masih berjalan dan menunjukkan kemajuan positif.
“Susunan ini dijangka kurangkan defisit AS sebanyak AS$5 bilion (RM21.35 bilion) tahun ini,” kata Leavitt.
Setiausaha Perbendaharaan AS dan Duta Perdagangan baharu tamatkan pusingan ketiga rundingan dengan China di Geneva.
Langkah ini mencerminkan pendekatan agresif pentadbiran Trump dalam menyusun semula hubungan perdagangan global dengan tarikh akhir yang tegas dan tekanan tarif sebagai alat rundingan utama.
Sumber: Sinar Harian
The post AS kenakan tarif 19% terhadap Malaysia appeared first on The Reporter.


