AS Lancar Serangan Berhampiran Selat Hormuz - Trump

WorldPolitics
2 Sep 2026 • 9:01 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

AS Lancar Serangan Berhampiran Selat Hormuz - Trump

HAMILTON (Kanada), 2 Sept (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata pasukan AS sedang menyerang sasaran Iran berhampiran Selat Hormuz, sambil memberi amaran kepada Tehran supaya tidak bertindak balas, lapor Anadolu Ajansi.

“Amerika Syarikat, ketika ini, sedang menyerang sasaran Iran berhampiran Selat Hormuz,” tulis Trump menerusi platform Truth Social.

Trump menyifatkan serangan itu sebagai “besar dan kuat” serta berkata tindakan berkenaan sebagai tindak balas terhadap apa yang disifatkannya sebagai “percubaan gagal” Iran untuk memasang periuk api laut di selat itu.

Beliau turut merujuk serangan peluru berpandu Iran ke atas sebuah pangkalan AS di Jordan, dengan berkata Iran melancarkan lapan peluru berpandu dan kesemuanya “berjaya dipintas”.

Trump memberi amaran bahawa sebarang tindak balas Iran akan mendorong AS melancarkan serangan lebih hebat.

“Jika Iran bertindak balas terhadap serangan yang sangat berasas ini, mereka akan diserang sekali lagi pada tahap yang jauh lebih hebat,” kata beliau.

Baca juga:

Ketika bercakap kepada Fox News kemudian, Trump berkata: “Mereka cuba membina semula radar kerana mereka tidak dapat melihat apa-apa,” sambil menambah bahawa pasukan AS “menunggu sehingga ia hampir siap dibina sebelum kami menyerangnya.”

Trump memberi amaran bahawa Iran akan diserang dengan lebih hebat jika memilih untuk bertindak balas dan berkata:

“Jika berlaku kali ketiga, mereka akan dimusnahkan sepenuhnya sebagai sebuah negara.” Terdahulu pada Selasa, Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) berkata pasukan AS mula menyerang sasaran Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) di Iran.

CENTCOM berkata serangan itu dilancarkan susulan cubaan serangan oleh IRGC terhadap kapal komersial di Selat Hormuz dan anggota tentera AS yang ditempatkan di rantau berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved