AS lapor lebih 26,000 kes cacar monyet

Health & Fitness
5 Oct 2022 • 3:45 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LOS ANGELES: Lebih 26,000 kes cacar monyet direkodkan di Amerika Syarikat (AS) setakat Isnin, menurut data dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

California merekodkan jumlah kes paling tinggi setakat ini dengan 5,010 kes diikuti New York (3,948) dan Florida (2,543), lapor Xinhua.

Menurut CDC penularan virus itu semakin perlahan kerana ketersediaan vaksin semakin meningkat dan kesedaran orang ramai bagi mengelakkan jangkitan.

Cacar monyet jarang membawa maut dan kebanyakan kes sembuh dalam tempoh dua hingga empat minggu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kadar kematian bagi penyakit itu hanya sekitar tiga hingga enam peratus.

Bagaimanapun, individu dengan sistem imun defektif (terimunokompromi) berkemungkinan mengalami simptom yang teruk apabila dijangkiti.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved