AS minta China termasuk sekutu bantu kempen pinggirkan Iran

WorldPolitics
21 Aug 2026 • 10:20 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AS minta China termasuk sekutu bantu kempen pinggirkan Iran

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Khamis memberi amaran kepada sekutu-sekutunya dan China supaya menyertai kempen baharu Presiden Donald Trump untuk mengasingkan ekonomi Iran.

Washington juga  berikrar bahawa AS  akan menumbangkan rejim Teheran.

Iran menyifatkan ancaman AS itu sebagai keganasan ekonomi dan berkata bahawa ia akan gagal.

Berdepan tekanan di dalam negara berhubung kesan perang dan pilihan raya pertengahan penggal yang semakin hampir, Trump pada Rabu menjanjikan operasi ekonomi paling melumpuhkan pernah dilancarkan terhadap Iran.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent mengulangi kenyataan presiden itu dengan memperhebat tekanan ekonomi terhadap Teheran ketika perang yang tidak popular itu menghampiri tempoh enam bulan.

“Sebarang hubungan yang masih dikekalkan dengan Teheran akan mempercepatkan kehancuran ekonomi sesebuah negara, sama ada hubungan itu dibina secara sengaja atau sengaja dibiarkan,” kata Bessent di X.

Trump mahupun ketua Perbendaharaan itu tidak menjelaskan langkah yang dirancang terhadap Iran. 

Bessent berkata, beliau akan memberikan butiran lanjut dalam sidang media pada Isnin.

“Kita kini berada dalam fasa baharu, apabila alat paling berkesan yang kita ada ialah tekanan ekonomi yang boleh kita kenakan terhadap mereka,” kata Naib Presiden AS, JD Vance kepada sebuah audio siar konservatif.

“Ini satu tindakan yang perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana Iran akan cuba mengenakan tekanan ekonomi terhadap kita,” tambahnya.

Ketika ditanya sama ada AS akan memberi tekanan kepada China, Bessent memberitahu CNBC bahawa banyak perbualan lebih baik dilakukan secara tertutup tetapi  menyeru Beijing supaya menyertai usaha ini.

Presiden China, Xi Jinping, dijadualkan melawat Rumah Putih pada 24 September. – AFP

The post AS minta China termasuk sekutu bantu kempen pinggirkan Iran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved