Sudah tiba masa Iran tamat perang dengan AS kerana berada dalam kedudukan lebih kuat

WorldPolitics
21 Aug 2026 • 8:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sudah tiba masa Iran tamat perang dengan AS kerana berada dalam kedudukan lebih kuat

WASHINGTON: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Jumaat berkata, sudah tiba masanya untuk menamatkan perang berbulan-bulan di Asia Barat dengan Amerika Syarikat (AS) kerana Teheran dilihat berada dalam kedudukan yang lebih kukuh berbanding Washington.

Rundingan antara kedua-dua musuh yang telah bermusuhan selama beberapa dekad itu masih tertangguh, dengan kedua-dua pihak dalam perang yang dimulakan oleh AS dan Israel pada Februari kini berada dalam keadaan jalan buntu.

Teheran masih menutup sebahagian Selat Hormuz, manakala Washington meneruskan sekatan laut balas terhadap Iran.

“Adalah lebih baik kita menamatkan perang sekarang kerana kita berada dalam kedudukan yang kuat dan bermaruah,” kata Pezeshkian.

“Seluruh dunia mengaku kemenangan kita dan menegaskan bahawa Amerika telah menyerang sekolah, hospital serta infrastruktur kita dengan melanggar semua peraturan selain dibenci di seluruh dunia,” tambahnya.

Pezeshkian turut mempertahankan memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui dengan AS pada Jun bagi menamatkan perang, dengan mendakwa perjanjian itu tidak menunjukkan Teheran telah mengalami kekalahan.

“Mereka tidak dapat menemui walaupun satu klausa dalam perjanjian ini yang menunjukkan penyerahan diri. Semua komitmen adalah tanggungjawab pihak satu lagi,” katanya.

Kenyataan itu dibuat beberapa minggu selepas Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, berkata, beliau telah meluluskan perjanjian untuk menamatkan perang tersebut walaupun mempunyai pandangan yang berbeza.

Ahli Parlimen Iran daripada golongan garis keras turut mengkritik kerajaan berhubung perjanjian itu, dengan menuduhnya memberikan konsesi kepada AS, khususnya berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz yang strategik.

Menurut laporan media AS, tentera laut Amerika telah mengatur dan melindungi konvoi kapal tangki secara rahsia melalui bahagian selatan Selat Hormuz, yang membolehkan antara lima hingga 10 juta tong minyak sehari dieksport.

Ketika Teheran mendakwa berada dalam kedudukan yang lebih kuat, AS berkata, pihaknya akan meningkatkan sekatan untuk menambahkan tekanan terhadap Teheran.

Pelan Amerika itu dikecam Kementerian Luar Iran, yang menuduh AS melakukan keganasan ekonomi dan jenayah terhadap kemanusiaan.

“Pihak yang melaksanakan dan mencetuskan sekatan ini wajar dibicarakan dan dihukum kerana melakukan jenayah keji tersebut,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan media kerajaan.

Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent pada Khamis berikrar bahawa Washington akan meruntuhkan rejim Iran melalui kempen yang dirancangnya, hampir enam bulan selepas perang antara kedua-dua negara bermula. – AFP

The post Sudah tiba masa Iran tamat perang dengan AS kerana berada dalam kedudukan lebih kuat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved