AS pertimbang ‘ampunkan’ Jho Low? PM Anwar tegaskan pendirian Malaysia kekal

LocalPolitics
3 Jul 2026 • 6:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan mengubah pendiriannya terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, meskipun Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sedang mempertimbangkan pemberian pengampunan kepadanya.

Image from: AS pertimbang ‘ampunkan’ Jho Low? PM Anwar tegaskan pendirian Malaysia kekal

Tak terpengaruh keputusan AS

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Anwar menyatakan sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan AS adalah urusan negara itu dan tidak akan menjejaskan pendirian Malaysia yang terus berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang.

“Malaysia, pendirian Malaysia jelas, kita ikut jalur hukum.
“Itu soal keputusan negara Amerika Syarikat, urusan mereka. Namun, pendirian kita tidak terpengaruh, terganggu atau tergugat oleh keputusan AS,” katanya.

Image from: AS pertimbang ‘ampunkan’ Jho Low? PM Anwar tegaskan pendirian Malaysia kekal

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena.

Semalam, Jho Low dilaporkan antara kira-kira 250 individu yang mungkin dipertimbangkan untuk menerima pengampunan daripada Presiden AS, Donald Trump sempena sambutan ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan negara itu pada 4 Julai.

Sumber: Buletin TV3 (Fatin Hanani Sahimi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved