AS salur bantuan keselamatan tambahan berjumlah US$2b ke Ukraine

24 Feb 2023 • 2:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WASHINGTON: Amerika Syarikat akan menyalurkan bantuan keselamatan tambahan berjumlah US$2 bilion kepada Ukraine, kata Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih Jake Sullivan (gambar) pada Khamis.

“Hari ini, Amerika Syarikat mengumumkan bantuan keselamatan sebanyak US$2 bilion lagi kepada Ukraine bagi tujuan tertentu... memberikan Ukraine peralatan yang diperlukan untuk menang.

“Dan kami akan terus bekerjasama dengan mereka untuk mengetahui sama ada terdapat aset tambahan yang mereka perlukan,“ lapor Agensi Anadolu memetik Sullivan sebagai berkata di Dewan Perbandaran CNN.

Kenyataan itu dibuat sehari sebelum ulang tahun pertama krisis di Ukraine. AS juga dijangka mengumumkan sekatan baharu ke atas Rusia berhubung konflik itu.

Ditanya mengenai potensi penyediaan F-16 ke Ukraine, Sullivan berkata jet pejuang itu bukan keupayaan utama untuk keperluan Ukraine.

Sebelum ini, Presiden Joe Biden mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy di Kyiv pada Isnin. -Bernama