AS Salur RM442,817 Bantuan Untuk Mangsa Banjir Di Malaysia

12 Dec 2024 • 12:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

AS Salur RM442,817 Bantuan Untuk Mangsa Banjir Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 (US$100,000) bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.

Bantuan itu disalurkan menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk menyediakan barangan keperluan dan perkhidmatan penting kepada komuniti yang terjejas.

“Doa kami bersama mereka yang terkesan akibat banjir yang dahsyat di Malaysia. Bersama Kerajaan Malaysia, kami komited untuk membantu komuniti pulih dan membina semula,” menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur menerusi hantaran di Facebook.

Hantaran berkenaan turut memaparkan video berdurasi 1.18 minit yang menunjukkan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan menghantar bantuan kepada mangsa terjejas.

USAID turut merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa dan melindungi golongan rentan.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved