Cirit-birit Selama 5 Hari, Khairul Aming Alami Jangkitan E. Coli Semasa Buat Bantuan Banjir

Entertainment
12 Dec 2024 • 12:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah berhempas pulas memberi sumbangan kepada mangsa banjir baru-baru ini di Kelantan, dilaporkan personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital.

Kelihatan sahabat taulan datang melawat Khairul Aming di hospital yang dalam proses pemulihan, malah ada yang berseloroh, simptom yang dialami Khairul seakan-akan dia sedang ‘hamil’.

@azfarherii

Okay last, ni vlog melawat orang sakit. Get well soon abe khairul aming. Kami semua datang untuk menghiburkan anda, we love you. Tahniah baby kembar

♬ original sound – azfarheri – azfarheri

Walau bagaimanapun, hari ini, Khairul Aming tampil menjelaskan keadaan semasa dirinya yang kini sudah pulih.

Menurutnya, dia terkena jangkitan E. coli ketika membuat bantuan banjir pada minggu lepas. Akibat daripada jangkitan itu, Khairul Aming mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari sehingga tubuhnya mengalami dehidrasi.

Jangkitan E. coli difahamkan boleh berlaku daripada air dan makanan yang tercemar terutamanya sayur-sayuran mentah dan daging lembu kisar yang tidak dimasak sepenuhnya.

Orang dewasa yang sihat biasanya pulih dari jangkitan ini dalam masa seminggu, namun kanak-kanak kecil dan orang dewasa yang lebih tua serta mengalami sistem imun yang lemah termasuklah wanita hamil mengalami risiko yang besar untuk mengalami kegagalan buah pinggang yang boleh mengancam nyawa.

Semoga terus sihat selalu ya Khairul Aming!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.