AS ‘tunduk’ syarat Israel di Gaza

WorldPolitics
19 Aug 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AS ‘tunduk’ syarat Israel di Gaza

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akhirnya ‘tunduk’ kepada pendirian Israel apabila bersetuju pembinaan semula Gaza hanya boleh dimulakan selepas Hamas melucutkan senjata sepenuhnya.

Utusan Khas AS, Jared Kushner berkata, pentadbiran Pre­siden Donald Trump mempu­nyai rancangan untuk membina semula Gaza, tetapi proses itu hanya akan dimulakan selepas Hamas menyerahkan senjata­nya.

“Kami mempunyai ranca­ngan untuk membina semula Gaza, tetapi kami tidak akan membenarkan Gaza dibina semula sehingga proses pelucutan senjata berlaku.

“Tiada siapa yang mahu me­labur wang ke tempat yang berlarutan dalam keadaan demikian jika kawasan itu diambil alih  (kumpulan pejuang Palestin)  atau dimusnahkan sekali lagi,” kata Kushner, yang juga menantu Trump, dalam temu bual bersama Fox News.

Kushner, yang turut mempunyai hubungan peribadi rapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, turut menegaskan AS tidak akan menyekat hak Israel untuk mempertahankan dirinya jika berdepan ancaman.

Kenyataan itu dibuat sele­pas Kushner mengadakan pertemuan dengan Netanyahu kel­marin, tetapi rundingan ber­kenaan tidak menghasilkan perkembangan besar dalam usaha melaksanakan pelan hala tuju Gaza yang sebelum ini dipersetujui Hamas.

Hamas bersetuju untuk melucutkan senjata sebagai sebahagian daripada proses yang disokong AS, termasuk pe­ngunduran tenteran Israel dan penamatan serangan ke atas Gaza.

Bagaimanapun, Israel menolak cadangan tersebut awal bulan ini dengan menegaskan sebarang konsesi hanya akan dibuat selepas kumpulan Palestin itu melucutkan senjata.

Pada masa sama, Kushner turut menegaskan perjanjian Gaza memberi manfaat kepada Israel, dengan mendakwa penyerahan senjata dan terowong Hamas secara sukarela dalam tempoh 60 hingga 90 hari akan menghapuskan ancaman keselamatan besar terhadap rejim Zionis.

“Jika mereka (Hamas) gagal memenuhi komitmennya sekarang, semua pihak akan melihat mereka tidak ikhlas mahukan keamanan, dan Israel akan mendapat lebih banyak sokongan dari AS serta pihak lain untuk meneruskan usaha menamatkan konflik dengan cara sewajarnya,” katanya.

Kushner juga mengadakan pertemuan yang jarang berlaku dengan pegawai Hamas pada Ahad ketika AS berusaha meng­akhiri konflik.

Beliau berkata, rundingan tersebut berlangsung dalam suasana ‘sangat baik’ tetapi Wa­shington akan menilai Hamas berdasarkan tindakan kumpulan itu.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, AS menyalurkan kira-kira AS$25 bilion (RM101 bilion) dalam bentuk bantuan ketente­raan kepada Israel dan mempertahankan kerajaan Netanyahu di forum antarabangsa, terma­suk mengenakan sekatan terhadap pegawai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang me­nyiasat kekejaman di Gaza.

 

The post AS ‘tunduk’ syarat Israel di Gaza appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved