
Umum mengetahui haiwan buas seperti buaya bukanlah boleh dibuat main. Sebelum ia buka mulut, korang dah kena lari laju-laju sebab takut kena ngap.
Namun, seorang warga Thailand ini pula telah menjadi perhatian kerana dia berani menyakat buaya yang sedang berada di dalam kandang dengan mainan jengkaut mainan.
Gelagat lelaki itu menyakat haiwan bergigi tajam itu telah tular di TikTok bankphaepla dan setakat ini telah meraih hingga 33 juta tontonan daripada warganet.
@bankphaepla #ไอเข้ #แบงค์แพปลา #แกล้งไอเข้ สนใจแมคโคถามได้นะ https://shop.tiktok.com/view/product/1729596296442579292?region=TH&locale=th-TH
Dalam video yang berdurasi selama dua minit 19 saat itu, dapat dilihat seorang lelaki telah meletakkan jengkaut mainan ke dalam kandang yang berisi lebih 10 ekor buaya.
Dia kemudiannya menggerakkan mainan itu dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Jengkaut mainan itu pula mendekati salah seekor buaya, dan apabila didekati dan disentuh badannya, haiwan tersebut seperti terkejut, kemudiannya menerkam dan mengigit mainan berkenaan.
Yang buat min kagum tu, mainan tu tak rosak pun!

Netizen yang menonton video berkenaan mengatakan mereka pula yang rasa berdebar dan terperanjat bila tengok mainan tu bergerak ke arah buaya.


Mungkin buaya tu terkejut sebab dia tengah santai-santai, tiba-tiba excavator mainan tu datang kacau dia tengah healing.
Sumber: TikTok @bankphaepla
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
