“Asal murid macam bukan dari bumi eh” – Netizen Terhibur Guru Memandu Frust Perangai Student Atas ‘Track’

Entertainment
28 Aug 2023 • 6:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekerja sebagai seorang guru memandu ini sangat mencabar, terpaksa hadap kerenah mereka yang baru sahaja mengendalikan kenderaan sendirian, tapi bagi mereka yang sudah pandai memandu untuk mendapatkan lesen pun ada cabarannya. Ada antara mereka yang suka ‘ikut kepala’ mereka sendiri tanpa perlu ikut panduan memandu yang sebenar.

Misalnya kita dapat tengok satu video yang mencuit hati daripada seorang individu yang dipercayai guru memandu, @appypyna ini. Video yang telah meraih 4.4 juta tontonan dalam masa satu hari itu telah membuatkan ramai netizen terhibur.

 

Nak senang kerja

Dalam video berdurasi 1 minit 44 saat itu, dilihat pelajar memandu ingin cuba memasukkan kereta ke dalam kotak parking tetapi dengan cara yang sangat mudah. Seperti yang kita sedia maklum, bagi mereka yang ada lesen memandu, pastinya mereka akan ingat teknik reverse yang diajar guru untuk masuk ke dalam kotak parking itu.

Namun, pelajar ini hanya ‘langkah’ pembahagi jalan untuk menuju masuk ke dalam kotak parking tersebut. Difahamkan pelajar tersebut merupakan calon yang sudah pandai memandu kereta.

“Bila dah pandai ni la masalahnya, tak nak dengar kata, masuk ikut suka je.”

Sambil guru itu berkata sedemikian, pelajar itu keluar dari kotak parking dan masuk dari bahagian depan kereta. Guru tersebut mengarahkan pelajar itu untuk memperbetulkan ia semula dan ikut masuk parking dengan cara yang betul.

@appypyna

petikan diatas menceritakan tentang.. lupe step…n buat2 ingat..bagi yg dah terer bawak… #justforfun #gemokkchannel #appypyna #foryourpage #fypシ

♬ original sound – appypyna – appypyna

Melihat video tersebut, ramai netizen terhibur dengan keluhan daripada guru yang frust dengan perangai pelajar tersebut.

 

Asal student dia kebanyakan macam bukan dari bumi eh – Netizen

image is not available image is not available

Aduhai, bila min tengok kat profile dia, memang macam-macam perangai student dia buat. Sabar je lah.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.