“Asalkan Nampak Sama” – Ramai Terhibur Kanak-Kanak Henti Menangis Lepas Cikgu Print Gambar Ibu Jadi Peneman [Video]

LocalFamily & Parenting
21 Feb 2025 • 12:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Walaupun minggu pertama sesi persekolahan hampir melabuhkan tirai namun gelagat si cilik terutamanya murid prasekolah atau tahun satu masih menjadi bualan ramai.

Manakan tidak, ada sahaja keletah dan gelagat mereka dikongsikan di media sosial yang mencuit hati.

Kadangkala, hari yang sedih pun boleh berubah jadi ceria dek kerana gelagat mereka yang menghiburkan ini.

Kanak-Kanak Menangis Di Sekolah, Nak Ada Ibu Bersama

Sama seperti kanak-kanak lain, seorang budak lelaki yang berusia empat tahun pada mulanya dilihat teruja memulakan hari persekolahan.

Melalui perkongsian di TikTok @syahirshahuddin87, kanak-kanak yang dipanggil sebagai Dikmad itu kelihatan tersenyum dan ceria sebelum pergi ke sekolah di samping kakak dan abangnya.

Namun, segalanya berubah apabila dia menangis ketika sampai ke sekolah. Malah, pada hari kedua persekolahan, dia siap meminta si ibu untuk menunggunya di tangga.

Cikgu WhatsApp Ibu Minta Hantar Gambar

Tidak terhenti setakat itu, Dikmad sekali lagi menghiburkan ahli keluarga apabila guru sekolahnya secara tiba-tiba meminta si ibu untuk menghantar selfie menerusi aplikasi WhatsApp.

Rupa-rupanya, gambar itu dicetak oleh guru sekolah Dikmad untuk diberikan kepada si cilik tersebut.

Melalui perkongsian itu dapat dilihat kanak-kanak berkenaan kekal tenang dan meneruskan aktiviti di sekolah.

Malah, dia kelihatan tersenyum ketika memegang gambar ibunya seolah-olah seperti si ibu ada bersama Dikmad pada ketika itu.

“Ish la Dikmad oi, macam-macam sungguh la drama hang (awak) ni. Kelmarin suruh ibu tunggu dekat tangga tak bagi balik nak suruh teman.

“Hari ini dia minta gambar ibu habuan teman dalam kelas. Aci la kan? Hahahaha,” tulis pengguna berkenaan yang merupakan bapa saudara kanak-kanak itu.

@syahirshahuddin87

Ishhh la Dikmad oiii, mcm2 sungguh la drama hang ni.. Kelmarin suruh ibu tunggu kt tangga xbg balik nk suruh teman. Hari ni dia minta gambaq ibu habuan teman dlm kelas. Aci la kan? Hahahaha #tadikakemas #fyp #malaysiatiktok #ragam #cikgu #tadika #sekolah #anakibu . . . . . . #era #sinar #hotfm

♬ Funny Song – Bruno Portinho Trilhas para filmes

Ramai Terhibur Dengan Gelagat Anak Kecil, Sampai Gambar Ibu Jadi Teman

Video yang telah mendapat lebih 2.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai terhibur melihat gelagat si cilik yang kembali tenang walaupun hanya gambar ibu menjadi peneman.

Malah, ada yang memuji tindakan guru berkenaan yang berjaya menenangkan kanak-kanak itu dengan cara sedemikian.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Rasa Selamat Dia Lain Macam, Asal Ibu Di Samping Macam Mana Cara Sekalipun”

image is not available

“Terbaik Cikgu Dia, Ada Je Idea”

image is not available

“Esok Jangan Lupa Bawa Pergi Sekolah Gambar Tu, Nanti Cikgu Kena Print Lagi”

image is not available

“Siap Print Tak Tahan Tu”

image is not available

“Betul-Betul Rasa Selamat Ibu Dekat Sebelah”

image is not available

Source: