
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut sahaja Sunway, pasti ramai yang dah terbayang Sunway Lagoon, Sunway Pyramid, Lost World of Tambun dan banyak lagi.
Manakan tidak, ini antara hotspot yang sering menjadi tumpuan ramai lebih lagi buat mereka yang mahu menikmati percutian yang menyeronokkan.
Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak lagi produk dan perkhidmatan di bawah kumpulan Sunway yang mungkin ramai tidak tahu dari penjagaan kesihatan, hospitaliti sehingga ke hartanah.


Sunway Mega Roadshow 2025 Kembali Atas Permintaan Ramai
Buat mereka yang tertanya-tanya dan mahu mendapatkan info tentang produk kumpulan Sunway, Sunway Mega Roadshow 2025 ada segalanya.
Semalam (20 Februari), telah berlangsungnya pelancaran fasa kedua Sunway Mega Roadshow 2025 yang menghimpunkan pelbagai produk perniagaan Sunway di bawah satu bumbung.


Maljlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Kumpulan Sunway, Evan Cheah bersama Pengarah Urusan Pejabat Pengerusi Kumpulan Sunway, Datuk K.L. Tan serta barisan pengurusan dari pelbagai perniagaan di bawah kumpulan tersebut.
Jelas Evan, berdasarkan kejayaan Golden Jubilee Mega Roadshow pada tahun lalu, pihaknya membawa kembali Sunway Mega Roadshow 2025 atas permintaan ramai.
“Ini mengukuhkan lagi kepercayaan yang diberikan pelanggan, rakan kongsi pemegang taruh terhadap jenama Sunway.
“Ini adalah cara kami menunjukkan penghargaan kepada komuniti yang menyokong kami selama ini.
“Kami akan terus membina kepercayaan melalui komitmen terhadap pembangunan negara, agenda kelestarian dan usaha untuk menggapai kecemerlangan,” katanya.

Sunway Mega Roadshow 2025 juga akan diadakan di beberapa lokasi lain antaranya:
- Sunway Velocity Mall Kuala Lumpur: 27 Februari -1 Mac 2025
- Sunway Big Box Retail Park di Sunway City Iskandar Puteri, Johor : 27 Februari – 1 Mac 2025
- Bugis Junction, Singapura: 24 Februari – 2 Mac 2025
Buat mereka yang tidak sabar, anda boleh berkunjung ke Sunway Pyramid, Sunway City Kuala Lumpur pada 20 hingga 23 Februari ini.

Tawaran Eksklusif & Diskaun Menarik Menanti Pengunjung
Menariknya, Sunway Mega Roadshow 2025 menawarkan tawaran eksklusif, promosi istimewa malah hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM2 juta buat pengunjung.
Antara hadiah cabutan bertuah yang menanti adalah percutian hujung minggu di The Banjaran Hot Springs Retreat Sunway City Ipoh, siap dengan pemandu peribadi untuk satu keluarga di menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah, Zeekr 009. Menarik kan?
Tidak hanya itu, orang ramai juga boleh menikmati Super Mega Deals dengan tawaran hebat dan terhad dengan harga serendah RM1 ketika Mega Hour Flash Sale.
Antara promosi lain adalah penawaran pas tahunan Lost World of Tambun Night Park pada harga RM68 bagi setiap orang manakala bagi pas tahunan Sunway Lagoon berharga RM198.
Bukan itu sahaja, selain pas tahunan Sunway Theme Park, pengunjung juga boleh menikmati promosi eksklusif di rangkaian hotel Sunway dan Sunway Medical Centre.



Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi dan tawaran terhad menerusi Sunway Super App.
Korang boleh memuat turun aplikasi tersebut di aplikasi Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.
Nak tahu info lanjut tentang Sunway Mega Roadshow 2025? Layari pautan ini.

![Tular Warga Emas Sambut Birthday Seorang Diri, Ini Sebenarnya Yang Berlaku [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![Ibu Terharu 2 Pelajar Cilik Siap Pimpin Tangan Anak OKU Untuk Ke Kantin [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
![“Kenapa Dibuat Macam Tu?” – 2 Kucing Diikat Rantai Besi Undang Pelbagai Reaksi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)
