“Asalnya dia ajak sekali karaoke bersama” – Raissuddin Tiba-tiba Sebak Masa Nyanyi lagi Arwah Siti Sarah

Entertainment
12 Jan 2024 • 1:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kehilangan anak tersayang merupakan satu memori paling perit buat ibu dan bapa, sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia.

Jika diimbau kembali, sedangkan rakyat Malaysia turut berduka apabila mendengar khabar berita tersebut, inikan pula ahli keluarga terdekat mereka.

Tular di TikTok satu video yang memperlihatkan Raissuddin sedang berkaraoke lagu dendangan arwah Siti Sarah yang popular pada awal tahun 2000 dahulu iaitu Sandarkan Pada Kenangan.

Difahamkan, pada awalnya Raissuddin sendiri yang ajak karaoke, namun dalam rakaman itu, saat di pertengahan lagu, Raissuddin tak dapat menyambung nyanyiannya kerana sebak mungkin disebabkan rindu dengan arwah anaknya itu sebelum meneruskan nyanyiannya itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut sebak melihatnya, malah rasa ‘sakit rindu’ yang Raissuddin rasai itu memang mereka sendiri dapat rasai.

image is not available image is not available

Untuk rekod, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 jam 5.31 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.