Asap jerebu berpotensi tersebar ke Malaysia

LocalEnvironment
6 Aug 2026 • 10:02 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Asap jerebu berpotensi tersebar ke Malaysia

JAKARTA – Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia mengesahkan asap daripada kebakaran hutan dan lahan (karhutla) di wilayah Kalimantan Barat berpotensi merentasi sempadan dan memasuki Sarawak, lapor saluran berita CNN Indonesia.

BMKG melaporkan,  iupan angin semasa mengarah ke kawasan barat laut, yang mendorong pergerakan asap tebal tersebut melepasi sempadan antarabangsa bagi tempoh ramalan 4 hingga 10 Ogos 2026.

Menurutnya, cuaca kering di seluruh kawasan itu diramal berterusan dan semakin meluas sepanjang awal bulan Ogos. 

Pemantauan statistik meletakkan beberapa wilayah Indonesia dalam keadaan berjaga-jaga.

Taburan kekeringan melampau ini dilaporkan tertumpu di Jawa, Bali, Nusa Tenggara, bahagian selatan Sumatera dan Kalimantan, Maluku Utara serta sebahagian Sulawesi.

BMKG memberi amaran bahawa keadaan tanpa hujan yang berlarutan itu  mengurangkan bekalan air secara drastik serta meningkatkan risiko kebakaran tanah dan tumbuh-tumbuhan. 

Peningkatan impak musim kemarau  memicu insiden karhutla di pelbagai daerah termasuk Kalimantan Barat, Aceh, Kepulauan Bangka Belitung, Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Bali.

Imej satelit terkini turut mengesahkan taburan asap dikesan aktif di Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Timur, dan Kalimantan Selatan.

Meskipun cuaca kering mendominasi sebahagian besar wilayah, BMKG menambah, potensi hujan lebat masih direkodkan di beberapa kawasan di utara dan barat Sumatera serta Kalimantan Utara. – AGENSI

The post Asap jerebu berpotensi tersebar ke Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved